Wednesday 30 March 2011

Selamat Datang ke 'Blog Kelas Kami'

Assalamualaikum semua.

okay, tak payah nak menepek ayat skema skema untuk first entry. lepas dah tubuhkan group di facebook, akhirnya belog ini berjaya ditubuhkan atas sokongan rakan rakan sekalian. dalam belog ini, mempelbagaikan pengisiannya seperti maklumat kerjaya, sembang kosong, santapan rohani dan sebagainya. belog ini masih dalam penyelenggaraan, harap semua dapat bersabar.

sesiapa sahaja dikalangan ahli kelas kita boleh post apa apa entry yang korang nak. just mintak saje email dan password belog ini dari cik Annyss, (haha, sengaje mem'promote' nama). sesiapa yang pakar dalam bab bab designing dan teringin nak mencantikkan lagi belog ini, kerjasama anda sangat sangat dialu-alukan. 

lagi ape nak taip? (aku belom mandi lagi nie). itu sajelah kot. harap harap, kawan kawan sekalian dapat beri kerjasamalah kan. (okay, dah tak tahu nak merepek ape). cepat cepat ye inbox butir peribadi korang tu dekat facebook cik Annyss. bukannye nak menyebok pasal kehidupan korang, tapi maklumat itu sangat sangat berharga untuk 10 tahun akan datang. andai kite semua dah terpisah, nak jumpa balik or nak buat reunion ke, boleh lah rujuk kat belog nie. kan dah senang. betol tak?

sehingga bertemu di entry seterusnya. salam!
diceloteh oleh; cik Annyss.